Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 3 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 3

(2)

Majlis hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, Majlis boleh—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memajakkan, memegang, menjual dan menikmati setiap jenis harta alih dan tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak-milik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang terletak hak pada Majlis.”.

Seksyen baru 3a, 3b, 3c, 3d, 3e, 3f dan 3g