Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
“Penubuhan Majlis
seksyen yang berikut:
“Keanggotaan Majlis 3a. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
(a)
Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang
Dipertua;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
(b)
sembilan orang pengamal perubatan berdaftar penuh dari kalangan wakil universiti dan kolej universiti tempatan yang diiktiraf yang dinamakan dari kalangan ahli fakulti oleh badan pengelola universiti dan kolej universiti tempatan yang diiktiraf dan dilantik oleh
Menteri;
(c)
tiga orang pengamal perubatan berdaftar penuh daripada sektor swasta yang dinamakan oleh Majlis dan dilantik oleh Menteri;
(d)
tiga orang pengamal perubatan berdaftar penuh daripada perkhidmatan awam yang dinamakan oleh Ketua
Pengarah dan dilantik oleh Menteri;
(e)
lima belas orang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Semenanjung Malaysia yang hendaklah dipilih oleh pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Semenanjung
Malaysia;
(f)
seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sabah yang hendaklah dipilih oleh pengamal-pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sabah; dan
(g)
seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sarawak yang hendaklah dipilih oleh pengamal-pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sarawak.
(2)
Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d) atau dipilih menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(e), (f) atau (g) melainkan jika orang itu ialah seorang warganegara Malaysia dan memegang suatu perakuan pengamalan yang semasa dan sah.
(3)
Tiada seorang pun layak untuk memilih seseorang ahli di bawah perenggan (1)(e), (f) atau (g) melainkan jika orang itu ialah seorang warganegara Malaysia dan memegang suatu perakuan pengamalan yang semasa dan sah.
(4)
Pemilihan ahli yang disebut dalam perenggan (1)(e),
(f)
dan (g) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.
(5)
Tiada seorang pun boleh berkhidmat sebagai seorang ahli yang dilantik dan dipilih pada masa yang sama.
9
Perubatan (Pindaan)
(6)
Seseorang boleh dilantik sebagai ahli di bawah perenggan
(1)
, (c) atau (d) atau dipilih di bawah perenggan (1)(e),
(f)
atau (g) walaupun dahulunya dia telah menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(b), (c), (d), (e), (f) atau (g).
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “bermastautin” merujuk kepada tempat amalan utama seperti yang dinyatakan dalam perakuan pengamalan yang semasa dan sah bagi pengamal perubatan itu.
Tempoh jawatan 3b. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3a(1)(b), (c) atau (d) atau dipilih di bawah perenggan 3a(1)(e), (f) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan atau mengosongkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
(2)
Seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3a(1)(b), (c) atau (d) atau dipilih di bawah perenggan 3a(1)(e), (f) atau (g) adalah layak untuk dilantik semula atau dipilih semula.
Pembatalan dan peletakan jawatan 3c. (1) Pelantikan mana-mana ahli Majlis di bawah perenggan 3a(1)(b), (c) atau (d) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri setelah berunding dengan Yang Dipertua.
(2)
Seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3a(1)(b), (c) atau (d) atau yang dipilih di bawah perenggan 3a(1)(e), (f) atau (g) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Yang
Dipertua.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan 3d. (1) Jawatan seseorang ahli Majlis hendaklah menjadi kosong jika—
(a)
dia meninggal dunia;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat pun atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut atau sekiranya dia menghadiri kurang daripada lima puluh peratus mesyuarat dalam sesuatu tahun tanpa kebenaran Yang Dipertua;
(f)
namanya telah dipotong daripada Daftar atau telah disingkirkan daripada Daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar
Malaysia;
(g)
peletakan jawatannya diterima oleh Yang Dipertua;
(h)
dia tidak lagi bermastautin dalam bahagian kawasan yang memilihnya; atau
(i)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3a(1)(b), (c) atau (d) atau dipilih di bawah perenggan 3a(1)(e), (f) atau (g) meninggal dunia sebelum tamat tempoh jawatannya, atau meletakkan jawatannya, atau
11
Perubatan (Pindaan)
dengan cara lain terhenti menjadi ahli oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menggantikan tempatnya menurut peruntukan yang terpakai dalam hal orang yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau terhenti menjadi ahli bagi baki tempoh yang orang itu mungkin akan memegang jawatan jika dia tidak meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau terhenti menjadi ahli.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), kekosongan jawatan mana-mana ahli yang dipilih di bawah perenggan 3a(1)(e),
(f)
atau (g) tidak boleh diisi bagi baki tempoh tersebut yang kematian, peletakan jawatan atau pemberhentian daripada menjadi ahli itu berlaku dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh yang penggal jawatannya akan tamat secara luput masa.
(4)
Majlis tidak terhalang daripada melaksanakan mana-mana fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini oleh sebab apa-apa kekosongan dalam keahliannya.
Kuasa Menteri untuk melantik ahli Majlis 3e. (1) Jika mana-mana badan atau orang yang disebut dalam perenggan 3a(1)(b), (c), (d), (e), (f) atau (g) tidak, pada tarikh yang ditetapkan, menamakan atau memilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, seseorang untuk menjadi ahli
Majlis, Menteri hendaklah melantik sebagai ganti orang itu seseorang yang berkelayakan untuk dinamakan atau dipilih sebagai ahli, dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai menjadi ahli seolah-olah dia telah dinamakan atau dipilih dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh badan atau orang itu.
(2)
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa dan sehingga masa apabila ahli yang disebut dalam perenggan 3a(1)(b),
(c)
, (d), (e), (f), dan (g) dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, Menteri hendaklah melantik sebagai ganti mereka masing-masing mana-mana orang yang berkelayakan untuk dilantik atau dipilih dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai ahli seolah-olah dia telah dilantik atau dipilih dengan sewajarnya di bawah perenggan 3a(1)(b), (c), (d), (e), (f) dan (g).
12
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
Hilang kelayakan bagi pencalonan dan pelantikan atau pemilihan 3f. (1) Seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh tidak layak untuk dinamakan, dilantik atau dipilih menjadi ahli di bawah perenggan 3a(1)(b), (c), (d), (e), (f) atau (g) jika—
(a)
dia telah didapati bersalah oleh suatu mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan denda kepada atau sebagai ganti denda); atau
(b)
dia menjadi bankrap; atau
(c)
pada bila-bila masa namanya telah dipotong daripada
Daftar atau telah disingkirkan daripada Daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia.
(2)
Seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang namanya telah digantung dari Daftar, atau yang telah dikenakan celaan di bawah seksyen 30 adalah tidak layak untuk dinamakan, dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 3a(1)(b), (c), (d), (e),
(f)
atau (g)—
(a)
dalam hal sesuatu penggantungan, untuk suatu tempoh enam tahun selepas tamat penggantungan sedemikian;
atau
(b)
dalam hal sesuatu celaan, untuk suatu tempoh enam tahun dari tarikh celaan sedemikian dikenakan.
(3)
Jika seseorang ahli yang telah dicalonkan dan dilantik atau dipilih di bawah Akta ini tidak layak dicalonkan dan dilantik atau dipilih di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan kedudukannya.
Penggantungan ahli Majlis 3g. (1) Jika Majlis dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya di bawah Akta ini—
(a)
melantik suatu jawatankuasa bagi menjalankan penyiasatan permulaan; atau 13
Perubatan (Pindaan)
(b)
mengadakan siasatan tatatertib, berkenaan dengan seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang menjadi ahli Majlis, ahli itu hendaklah digantung keahliannya dalam Majlis.
(2)
Penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah—
(a)
dalam hal suatu penyiasatan permulaan, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya penyiasatan itu; atau
(b)
dalam hal suatu siasatan tatatertib, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya siasatan itu.
(3)
Jika apabila tamatnya sesuatu penyiasatan permulaan itu Majlis memutuskan bahawa suatu siasatan tatatertib hendaklah diadakan, tempoh penggantungan seseorang ahli hendaklah diteruskan sehingga tamat siasatan tatatertib itu.
(4)
Seseorang ahli Majlis yang digantung di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan segera dikembalikan semula kedudukannya sebagai ahli jika apabila tamat penyiasatan permulaan atau siasatan tatatertib itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Majlis mendapati bahawa tiada apa-apa kesalahan telah dibuktikan berkenaan dengan ahli itu.
(5)
Seseorang ahli Majlis yang hendak dikembalikan semula kedudukannya menurut subseksyen (4) hendaklah, jika pengembalian semula kedudukannya itu akan berkuat kuasa sebelum tamat tempoh jawatannya, dikembalikan semula kedudukan untuk memegang jawatan bagi tempoh jawatannya yang belum tamat.”.
Penggantian seksyen 4