Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 7

“Fungsi Majlis

seksyen yang berikut:

“Kuasa Majlis 4a.  (1)  Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua benda yang perlu atau suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa

Majlis termasuklah kuasa untuk—

(a)

memastikan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturannya ditadbirkan, dikuatkuasakan, dilaksanakan, dijalankan dan dipatuhi;

(b)

mengawal selia standard amalan pengamal perubatan berdaftar;

(c)

mengawal selia tatakelakuan dan etika profesional pengamal perubatan berdaftar;

(d)

meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi pendaftaran atau pemerakuan mengikut Akta ini atau peraturan-peraturannya;

(e)

menentukan apa-apa fi atau denda yang kena dibayar;

(f)

mengeluarkan perakuan;

(g)

meminjam atau menjana wang dari semasa ke semasa melalui overdraf bank atau dengan cara lain bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini;

dan

(h)

mengiktiraf dan mengakreditasi kelayakan perubatan berdasarkan syor Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan

Malaysia 2007 [Akta 679] bagi tujuan pendaftaran.

Pelantikan pekerja Majlis 4b.  (1)  Majlis boleh melantik atau menggaji apa-apa bilangan pekerja yang difikirkan perlu oleh Majlis, yang hendaklah dibayar apa-apa saraan, elaun dan faedah, dan yang pelantikan atau penggajiannya hendaklah atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Majlis bagi menjalankan maksud

Akta ini.

15

Perubatan (Pindaan)

(2)

Tiada seorang pun layak dilantik atau digaji sebagai pekerja Majlis jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui rakan kongsinya mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak

Majlis.

Ketua Pegawai Eksekutif 4c.  (1)  Yang Dipertua hendaklah, selepas berunding dengan

Majlis, melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif.

(2)

Majlis hendaklah meletakhakkan apa-apa kuasa pada dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Ketua Pegawai

Eksekutif sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha

Majlis dan bertanggungjawab bagi—

(a)

keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Majlis;

(b)

pelaksanaan keputusan dan arahan Majlis;

(c)

pengurusan fungsi, program, pekerja dan sumber lain

Majlis; dan

(d)

penyediaan pelan strategik dan bajet untuk pertimbangan

Majlis.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Majlis.

(5)

Dalam menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am Majlis.

(6)

Yang Dipertua, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik mana-mana pegawai Majlis untuk menjalankan tugas

Ketua Pegawai Eksekutif—

(a)

jika bagi apa-apa tempoh Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya, oleh sebab penyakit, bercuti atau apa-apa sebab lain, untuk menjalankan tugasnya;

atau

(b)

semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Ketua

Pegawai Eksekutif.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

Meterai perbadanan 4d.  (1)  Meterai perbadanan Majlis hendaklah mempunyai suatu peranti yang diluluskan oleh Majlis dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Majlis.

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Majlis atau seseorang pekerja Majlis yang diberi kuasa oleh Majlis bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Jawatankuasa Majlis 4e.  (1)  Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.

(2)

Majlis boleh memilih mana-mana ahlinya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli sesuatu jawatankuasa.

(4)

Kuorum bagi apa-apa jawatankuasa itu ialah tiga, melainkan ditentukan oleh Majlis selainnya.

17

Perubatan (Pindaan)

(5)

Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(6)

Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(7)

Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis.

(8)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada

Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(13)

Ahli sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Majlis selepas berunding dengan Menteri.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

Pewakilan fungsi dan kuasa Majlis 4f.  (1)  Majlis boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

Pengerusi;

(b)

seorang ahli Majlis; atau

(c)

suatu jawatankuasa.

(2)

Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa itu adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh

Majlis.

(3)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Penzahiran kepentingan 4g.  Seseorang ahli Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 4e yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Majlis atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

Kumpulan Wang Majlis Perubatan Malaysia 4h.  (1)  Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Majlis Perubatan Malaysia” yang hendaklah dikawal dan ditadbirkan oleh Majlis ditubuhkan.

19

Perubatan (Pindaan)

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

(b)

semua fi dan caj yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Majlis mengikut Akta ini;

(c)

semua wang yang diperoleh daripada perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis mengikut Akta ini;

(d)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Majlis;

(e)

semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Majlis;

(f)

semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa hal yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(g)

semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Majlis di bawah Akta ini, termasuk bunga.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang 4i.  Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Majlis;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain ahli

Majlis, ahli jawatankuasa dan pekerja Majlis;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sah oleh Majlis dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; dan 20

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

(d)

secara amnya, membayar apa-apa belanja lain bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemuliharaan Kumpulan Wang 4j.  Menjadi kewajipan Majlis untuk memulihara Kumpulan

Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Majlis mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.”.

Pindaan seksyen 9