Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 100 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 100

(a)

tiada merit dalam permohonan atau aduan itu, menolak permohonan atau aduan itu dan memberitahu pengadu dan peguam bela dan peguam cara itu tentang keputusannya; atau 21

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(b)

ada merit dalam permohonan atau aduan itu—

(i)

menghantar melalui pos atau menyerahkan kepada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan suatu salinan permohonan atau aduan itu bersama-sama dengan semua dokumen sokongan, jika ada, yang telah diberikan kepada Lembaga

Tatatertib; dan

(ii)

meminta peguam bela dan peguam cara itu memberikan penjelasan bertulisnya dalam empat salinan bersama-sama dengan dokumen sokongan, jika ada, dalam masa empat belas hari dari tarikh permintaan itu atau dalam apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib.

(2)

Jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memberikan penjelasan bertulisnya kepada Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diminta di bawah subperenggan (1)(b)(ii), Lembaga

Tatatertib hendaklah terus melantik suatu Jawatankuasa

Tatatertib.

(3)

Jika peguam bela dan peguam cara itu telah memberikan penjelasan bertulisnya kepada Lembaga Tatatertib di bawah subperenggan (1)(b)(ii), Lembaga Tatatertib hendaklah mengkaji semula perkara itu dan—

(a)

jika ia berpuas hati bahawa tiada merit dalam permohonan atau aduan itu, menolak permohonan atau aduan itu dan memberitahu pihak-pihak dengan sewajarnya;

atau

(b)

jika ia masih berpendapat bahawa ada merit dalam permohonan atau aduan itu, terus melantik suatu

Jawatankuasa Tatatertib.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2) dan perenggan (3)(b), jika Lembaga Tatatertib berpendapat bahawa permohonan atau aduan itu boleh diuruskan secara ringkas, Lembaga Tatatertib hendaklah memberikan notis bertulis kepada peguam bela dan peguam cara itu untuk menentukan sama ada peguam bela dan peguam cara itu bersetuju permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

(5)

Jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memberikan maklum balas dalam masa empat belas hari dari tarikh notis yang disebut dalam subseksyen (4), Lembaga Tatatertib hendaklah terus melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib.

(6)

Jika peguam bela dan peguam cara itu bersetuju supaya permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas, Lembaga

Tatatertib boleh, setelah menentukan bahawa peguam bela dan peguam cara itu memahami sebab dan akibat permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas, meneruskan untuk berbuat demikian.

(7)

Selepas menguruskan permohonan atau aduan itu secara ringkas, Lembaga Tatatertib boleh mengenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:

(a)

menegur atau mencela peguam bela dan peguam cara itu;

(b)

mengenakan suatu denda—

(i)

tidak melebihi lima ribu ringgit ke atas peguam bela dan peguam cara itu jika tiada sebab yang cukup berat wujud bagi suatu siasatan formal;

atau

(ii)

tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ke atas peguam bela dan peguam cara itu jika peguam bela dan peguam cara itu telah mengaku salah laku itu atau fakta material yang mewujudkan salah laku itu atau jika fakta material yang mewujudkan salah laku itu adalah jelas dan tidak mewajarkan siasatan lanjut;

(c)

menggantung peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan atau dalam hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada Majlis Peguam penggantungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga

Tatatertib dalam hal keadaan itu; atau

(d)

memotong peguam bela dan peguam cara itu daripada

Daftarai atau dalam hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada Majlis Peguam pembatalan pendaftarannya.

23

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(8)

Walau apa pun subseksyen (7), Lembaga Tatatertib boleh juga membuat suatu perintah restitusi wang pengadu jika terbukti bahawa wang itu telah atau sedang dipegang oleh peguam bela dan peguam cara itu dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak kepada pemulangan wang itu atau sebahagian daripada wang itu.

(9)

Sebelum mengenakan mana-mana satu atau lebih penalti atau hukuman di bawah subseksyen (7) atau membuat suatu perintah restitusi di bawah subseksyen (8), Lembaga Tatatertib hendaklah memberitahu peguam bela dan peguam cara itu tentang niatnya untuk berbuat demikian dan memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(10)

Perintah restitusi yang dibuat menurut subseksyen (8)

hendaklah disifatkan sebagai suatu perintah oleh Mahkamah

Tinggi dan boleh dikuatkuasakan oleh pengadu dengan sewajarnya.

(11)

Jika peguam bela dan peguam cara tidak bersetuju supaya permohonan atau aduan diuruskan secara ringkas,

Lembaga Tatatertib hendaklah terus melantik Jawatankuasa

Tatatertib menurut seksyen 103a.

(12)

Lembaga Tatatertib boleh, pada mana-mana peringkat selepas suatu aduan atau permohonan diterima, meminta supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau penjelasan lanjut sama ada daripada pengadu atau peguam bela dan peguam cara itu atau kedua-duanya atau daripada mana-mana orang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Tatatertib, dan pihak-pihak kepada permohonan atau aduan itu hendaklah disediakan dengan dokumen atau penjelasan itu.

(13)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang lain yang tanpa alasan yang munasabah enggan atau gagal untuk mengemukakan kepada Lembaga

Tatatertib apa-apa dokumen atau gagal untuk memberikan apa-apa maklumat yang ada hubungan atau berkaitan dengan hal perkara aduan itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

(14)

Lembaga Tatatertib boleh, pada mana-mana peringkat siasatan permohonan atau aduan, menentukan bahawa suatu penyiasatan formal adalah diperlukan dan melantik suatu

Jawatankuasa Tatatertib dengan sewajarnya.

(15)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini yang menghalang

Lembaga Tatatertib daripada menolak sesuatu permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat.”.

Pindaan seksyen 103