Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 12

“Siasatan permohonan atau aduan

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Kesan perintah denda atau restitusi oleh Lembaga

Tatatertib”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika Lembaga Tatatertib telah memerintahkan supaya suatu denda dibayar oleh peguam bela dan peguam cara atau telah memerintahkan suatu restitusi dibuat oleh peguam bela dan peguam cara, denda itu hendaklah dibayar atau restitusi itu hendaklah dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu atau apa-apa tarikh lanjut lain yang dibenarkan oleh Lembaga

Tatatertib, dan jika gagal berbuat demikian Lembaga

Tatatertib boleh memerintahkan penggantungan peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan sehingga denda itu dibayar atau jumlah restitusi itu dibuat atau jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memiliki suatu sijil amalan, memerintahkan supaya tiada Sijil Tahunan dikeluarkan kepadanya sehingga pembayaran denda atau jumlah restitusi itu dibuat atau dalam hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada

Majlis Peguam untuk menggantung pendaftarannya sehingga pembayaran denda itu atau jumlah restitusi itu dibuat.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Lembaga Tatatertib” dengan perkataan “Bar

Malaysia”.

25

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

Pindaan seksyen 103a

Section 12 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012