Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 14

Seksyen 103b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Penyiasatan” dengan perkataan “Siasatan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, dalam masa satu bulan pelantikannya, memulakan siasatannya terhadap permohonan atau aduan bertulis itu dan membuat dapatan dengan segera.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyimpan suatu nota prosiding siasatan itu dan menyerahkan dapatannya dan nota prosiding itu kepada Lembaga

Tatatertib.”;

(d)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“penyiasatan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“siasatan”; dan

(e)

dalam subseksyen (3)–

(i)

dengan menggantikan perkataan “sah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “munasabah”;

dan

(ii)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“penyiasatan” dengan perkataan “siasatan”.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

Pindaan seksyen 103c