Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Seksyen 103c Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“Dapatan” perkataan “dan syor”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Selepas mendengar dan menyiasat apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya” dengan perkataan “Apabila selesai siasatan”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “tatatertib” perkataan “dan bahawa permohonan atau aduan itu ditolak”; dan
(iii)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) bahawa sebab bagi tindakan tatatertib wujud dan adalah cukup berat untuk mewajarkan peguam bela dan peguam cara itu dikenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:
(i)
teguran atau celaan;
(ii)
pengenaan suatu denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;
(iii)
penggantungan peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan, atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada Majlis Peguam untuk penggantungan pendaftaran, bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib dalam hal keadaan itu; atau
(iv)
pemotongan peguam bela dan peguam cara itu daripada Daftarai atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada
Majlis Peguam untuk pembatalan pendaftaran peguam asing itu.”; dan 27
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“apa-apa jumlah wang yang didapati kena dibayar dan terhutang kepada pengadu” dengan perkataan “wang pengadu jika dibuktikan bahawa wang itu telah atau sedang dipegang oleh peguam bela dan peguam cara dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak kepada pemulangan wang itu atau sebahagian daripada wang itu”.
Pindaan seksyen 103d