Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 21

(2)

Tempoh pelantikan dahulu Pengerusi dan ahli Lembaga

Tatatertib yang dilantik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah tidak diambil kira bagi maksud pengiraan had tempoh pelantikan di bawah Akta ini.

(3)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini rayuan di bawah seksyen 103e belum selesai di hadapan Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah dan dengan mematuhi peruntukan seksyen 103e sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini; tetapi jika pada permulaan kuat kuasa

Akta ini mana-mana rayuan sedang didengar tetapi tiada perintah atau keputusan telah dibuat mengenai rayuan itu, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi prosiding itu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini.

(4)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, prosiding tatatertib masih belum selesai di hadapan Lembaga Tatatertib, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi prosiding itu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan Lembaga Tatatertib boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan sebagaimana yang boleh dibuat oleh

Lembaga Tatatertib di bawah kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

(5)

Apa-apa permohonan atau aduan bertulis berkenaan dengan kelakuan mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana pelatih yang dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi prosiding tatatertib sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.