Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40

Bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PERKONGSIAN ANTARABANGSA, FIRMA GUAMAN ASING

BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING

Tafsiran 40a.  Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bidang amalan yang dibenarkan” ertinya bidang amalan guaman yang ditetapkan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Majlis Peguam melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;

5

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

“firma guaman asing” ertinya suatu firma guaman asing yang memberikan perkhidmatan undang-undang dalam undang-undang asing dan termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang ditubuhkan atau dilesenkan untuk memberi perkhidmatan undang-undang oleh pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain

Malaysia;

“firma guaman asing berkelayakan” ertinya suatu firma guaman asing yang dilesenkan di bawah seksyen 40g;

“peguam asing” ertinya seseorang yang—

(a)

telah diberi kuasa dengan sewajarnya atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain Malaysia; dan

(b)

merupakan rakan kongsi, pengarah (yang memegang ekuiti di dalam suatu perbadanan, dalam hal suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang) atau merupakan pekerja suatu firma guaman asing atau firma guaman Malaysia;

“perkongsian antarabangsa” ertinya suatu perkongsian atau apa-apa perkiraan yang lain antara suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia yang berkenaan dengannya suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen 40f;

“undang-undang asing” ertinya undang-undang mana-mana negara atau wilayah selain Malaysia.

Lesen dikehendaki bagi firma guaman asing 40b.  (1)  Tiada suatu firma guaman asing pun boleh menjalankan amalan di Malaysia melainkan jika ia dilesenkan di bawah

Bahagian ini.

(2)

Mana-mana firma guaman asing yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

6

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

Jawatankuasa Pemilihan 40c.  (1)  Suatu Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan di bawah

Bahagian ini untuk membuat syor kepada Majlis Peguam bagi pemberian lesen untuk perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan kepada firma guaman

Malaysia untuk mengguna khidmat peguam asing dan pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan.

(2)

Jawatankuasa Pemilihan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Peguam Negara;

(b)

Yang Dipertua Bar Malaysia;

(c)

seorang yang akan dilantik oleh Peguam Negara daripada sektor awam; dan

(d)

dua orang ahli Bar Malaysia yang menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang berkaitan dengan permohonan yang akan dilantik oleh Majlis

Peguam.

(3)

Peguam Negara dan Yang Dipertua Bar Malaysia hendaklah menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemilihan itu.

(4)

Pelantikan anggota di bawah perenggan (2)(c) dan (d)

adalah atas dasar ad hoc.

Anggota silih ganti 40d.  (1)  Peguam Negara boleh, berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 40c(2)(c), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.

(2)

Majlis Peguam boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 40c(2)(d), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.

7

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(3)

Apabila menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Pemilihan.

(4)

Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Jawatankuasa Pemilihan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan 40e.  (1)  Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Peguam Negara dan

Yang Dipertua Bar Malaysia.

(2)

Jawatankuasa Pemilihan hendaklah bermesyuarat pada tarikh dan di tempat dan pada masa yang Peguam Negara dan Yang Dipertua Bar Malaysia tetapkan.

(3)

Korum Jawatankuasa Pemilihan ialah lima.

(4)

Semua keputusan Jawatankuasa Pemilihan hendaklah dengan undi bersetuju majoriti anggota Jawatankuasa

Pemilihan.

(5)

Jawatankuasa Pemilihan hendaklah memberitahu Majlis

Peguam tentang syornya berkenaan pemberian sesuatu lesen di bawah seksyen 40f, 40g atau 40h atau pendaftaran seseorang peguam asing di bawah seksyen 40j.

(6)

Majlis Peguam hendaklah menjadi Urus Setia bagi

Jawatankuasa Pemilihan.

Perkongsian antarabangsa 40f.  (1)  Suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia boleh memohon secara bersama kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen perkongsian antarabangsa jika memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

(2)

Suatu firma guaman asing tidak boleh menjadi pihak kepada lebih daripada satu perkongsian antarabangsa di Malaysia pada satu-satu masa.

(3)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa

Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(4)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa

Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atas apa-apa syarat-syarat yang

Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.

(5)

Suatu perkongsian antarabangsa hendaklah membayar kepada Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.

(6)

Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis—

(a)

mengenakan apa-apa syarat-syarat baru atau tambahan ke atas lesen; atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesen.

(7)

Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.

(8)

Suatu perkongsian antarabangsa berhak untuk—

(a)

menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut mana-mana syarat-syarat yang ditetapkan;

(b)

mengenakan bayaran ke atas anak guamnya sebagai satu firma guaman; dan

(c)

menuntut balik kos dan mengekalkan bayaran berkenaan dengan firma itu.

(9)

Pegangan ekuiti dan hak mengundi yang dibenarkan bagi firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pemilihan dari semasa ke semasa.

9

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

Firma guaman asing berkelayakan 40g.  (1)  Suatu firma guaman asing boleh memohon untuk suatu lesen firma guaman asing berkelayakan jika ia memenuhi syarat-syarat yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.

(2)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa

Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(3)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa

Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atas apa-apa syarat-syarat yang

Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.

(4)

Suatu firma guaman asing berkelayakan hendaklah membayar kepada Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.

(5)

Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis—

(a)

mengenakan apa-apa syarat-syarat baru atau tambahan ke atas lesen; atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesen.

(6)

Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.

(7)

Suatu firma guaman asing berkelayakan berhak untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.

(8)

Seseorang peguam Malaysia yang diguna khidmat di dalam suatu firma guaman asing berkelayakan hilang kelayakan daripada mendapat sijil amalan di bawah Bahagian III.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

Penggunakhidmatan peguam asing oleh firma guaman

Malaysia 40h.  (1)  Suatu firma guaman Malaysia boleh memohon kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen untuk mengguna khidmat seseorang peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan di dalam firma guaman

Malaysia itu jika memenuhi syarat-syarat yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.

(2)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa

Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(3)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa

Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Mana-mana firma guaman Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing bersalahan dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Penggantungan atau pembatalan lesen 40i.  (1)  Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan lesen yang dibenarkan di bawah seksyen 40f, 40g atau 40h jika Majlis Peguam berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu lesen di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika—

(a)

pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain Malaysia menggantung atau membatalkan lesen firma guaman asing dalam suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib;

11

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(b)

terdapat apa-apa perubahan berkenaan dengan apa-apa maklumat tentang firma guaman asing tersebut yang telah dikemukakan bagi maksud mendapatkan lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada—

(i)

perubahan apa-apa nama perkongsian antarabangsa tanpa kelulusan terdahulu Majlis

Peguam;

(ii)

penggabungan perkongsian antarabangsa dengan mana-mana firma atau pertubuhan perbadanan lain; atau

(iii)

perubahan sehingga setengah (½) bilangan pekongsi dalam mana-mana perkongsian antarabangsa;

(c)

perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(d)

firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu atau firma guaman asing berkelayakan itu dibubarkan atau dalam likuidasi atau firma guaman Malaysia dalam perkongsian antarabangsa itu dibubarkan;

(e)

perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesennya;

(f)

perkongsian antarabangsa itu telah ditubuhkan semula tanpa kelulusan Majlis Peguam; atau

(g)

perkongsian antarabangsa itu dibubarkan atas apa-apa pun sebab.

(3)

Perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan itu hendaklah memberitahu Majlis Peguam tentang berlakunya mana-mana peristiwa yang disebut dalam subseksyen (2) sebaik sahaja mereka mengetahuinya.

(4)

Sesuatu lesen tidak boleh digantung atau dibatalkan tanpa perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu diberi peluang munasabah untuk membuat rayuan kepada Majlis Peguam.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

Pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia 40j.  (1)  Seseorang peguam asing tidak boleh menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia, atau mengikut apa-apa cara yang lain, melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah seksyen ini.

(2)

Seseorang peguam asing yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan dan berhasrat untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia boleh memohon kepada Majlis Peguam untuk didaftarkan bagi menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan di dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.

(3)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa

Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(4)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa

Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2).

(5)

Suatu permohonan yang telah dibenarkan di bawah subseksyen (4) adalah tertakluk kepada—

(a)

apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu;

dan

(b)

pembayaran fi pendaftaran kepada Majlis Peguam pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.

(6)

Pendaftaran seseorang peguam asing di bawah seksyen ini hendaklah berkenaan dengan suatu tahun kalendar dan boleh diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.

(7)

Seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen ini boleh menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan melalui suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.

13

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(8)

Mana-mana peguam asing yang gagal untuk mematuhi peruntukan subsekyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Penggantungan atau pembatalan pendaftaran 40k.  (1)  Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40j jika Majlis Peguam berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu pendaftaran peguam asing di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika—

(a)

lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan yang dikeluarkan berkenaan dengan perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 40i;

(b)

peguam asing itu melanggari mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan permit kerjanya atau apa-apa undang-undang imigresen yang berkenaan di Malaysia;

(c)

peguam asing yang diguna khidmat dalam suatu firma guaman Malaysia tidak lagi diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain

Malaysia akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib; atau

(d)

peguam asing itu telah didapati bersalah oleh Lembaga

Tatatertib atas apa-apa salah laku tatatertib dan

Lembaga Tatatertib telah mengesyorkan penggantungan atau pembatalan pendaftaran peguam asing itu.

Kelakuan profesional, etika dan akaun 40l.  (1)  Perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan peguam asing berdaftar hendaklah mematuhi

14

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

mana-mana undang-undang, peraturan dan arahan yang terpakai ke atas peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional.

(2)

Seksyen 79 dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya adalah terpakai bagi seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen 40j dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Peguam.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua di bawah Bahagian ini boleh menjejaskan apa-apa keistimewaan peguam cara dan klien yang mungkin wujud berasingan di bawah Bahagian ini.

Pihak berkuasa tatatertib 40m.  Seseorang peguam asing yang berdaftar hendaklah, bagi maksud semua tindakan tatatertib, tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib.

Kuasa untuk menghendaki dokumen, dsb.

Quoted provision

Seksyen 40n

Majlis Peguam boleh menghendaki mana-mana perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman Malaysia atau peguam asing untuk memberi kepada Majlis Peguam apa-apa dokumen, butir-butir atau maklumat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan perlu bagi maksud memastikan pematuhan Bahagian ini.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 40o.  Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan tentang—

(a)

syarat-syarat dan kriteria bagi pemberian lesen perkongsian antarabangsa, lesen firma guaman asing berkelayakan atau lesen di bawah seksyen 40h dan bagi pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40j;

15

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(b)

cara dan langkah bagi permohonan dan maklumat dan dokumen untuk diberikan bagi permohonan untuk lesen perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan lesen di bawah seksyen 40h, termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;

(c)

syarat-syarat yang berhubungan dengan kelayakan kemahiran undang-undang, pengalaman dan kepakaran yang dikehendaki di bawah Bahagian ini;

(d)

cara dan langkah bagi permohonan untuk pendaftaran peguam asing termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;

(e)

pengemukaan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan firma guaman asing, peguam dan orang lain yang menjalankan amalan dalam atau diguna khidmat oleh firma guaman asing;

(f)

penyenggaraan daftar bagi perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman

Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing di bawah seksyen 40h, peguam asing yang menjalankan amalan di Malaysia dan peguam Malaysia yang menjalankan amalan di dalam perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan di bawah

Bahagian ini dan bentuk dan cara daftar itu hendak disimpan;

(g)

bidang amalan yang dibenarkan;

(h)

cara dan langkah bagaimana sesuatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 40h boleh menjalankan urusan atau membuat publisiti mengenai dirinya;

(i)

pengecualian mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini; dan

(j)

apa-apa perkara yang lain bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.”.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta A1444

Pindaan seksyen 76