Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012

Seksyen 5

Seksyen 76 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Nama ahli Majlis Peguam, dsb., hendaklah disiarkan dan pertimbangtelitian sulit”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Kecuali dan setakat yang perlu bagi maksud menyiarkan suatu laporan atau menguatkuasakan apa-apa ketetapan yang diluluskan atau keputusan yang diambil, pertimbangtelitian sulit pada semua mesyuarat, prosiding atau siasatan Lembaga, Majlis

Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri, Lembaga Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib dan berkenaan dengan semua dokumen yang berkaitan dengan proses pertimbangtelitian hendaklah disenggara oleh ahli

Lembaga, Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri,

Lembaga Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib dan oleh kakitangan mereka.”; dan

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “prosiding atau perkara yang dijalankan oleh mereka” dengan perkataan “pertimbangtelitian yang disebut dalam subseksyen (2)”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “prosiding atau perkara itu” dengan perkataan “pertimbangtelitian itu melainkan jika mahkamah memutuskan penzahiran itu adalah penting demi keadilan”.

Pindaan seksyen 80

Section 5 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012