Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Tertakluk kepada Akta ibu, pada tarikh yang ditetapkan—
(a)
orang berinsurans yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi belum mencapai umur enam puluh tahun layak mendapat pencen ilat kecuali dalam keadaan di bawah subseksyen (3) dan (4);
(b)
mana-mana orang tanggungan bagi orang berinsurans yang mati apabila mencapai apa-apa umur daripada lima puluh lima hingga umur enam puluh tahun layak mendapat pencen penakat kecuali dalam keadaan di bawah subseksyen (5) dan (6);
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
(c)
hendaklah kena dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang disebut dalam perenggan (a) caruman jenis kedua pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta ibu; dan
(d)
hendaklah kena dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun caruman jenis pertama pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga Akta ibu.
(3)
Orang berinsurans yang berkenaan dengannya caruman jenis pertama kena dibayar tidak layak mendapat pencen ilat jika—
(a)
dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sebelum tarikh yang ditetapkan; atau
(b)
dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur enam puluh tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan.
(4)
Orang berinsurans tidak layak mendapat pencen ilat jika dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, dan dia diambil kerja hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun dan jika tiada caruman jenis pertama kena dibayar berkenaan dengannya.
(5)
Orang tanggungan bagi orang berinsurans yang berkenaan dengannya caruman jenis pertama kena dibayar tidak layak mendapat pencen penakat jika—
(a)
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sebelum tarikh yang ditetapkan; atau
(b)
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur enam puluh tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan.
(6)
Orang tanggungan bagi orang berinsurans tidak layak mendapat pencen penakat jika—
(a)
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan; dan
(b)
orang berinsurans itu diambil kerja hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun dan jika tiada caruman jenis pertama kena dibayar berkenaan dengannya.