Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2012

Seksyen 9

Seksyen baru 112a

seksyen yang berikut:

“Penyerahan dokumen secara elektronik 112a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.

(2)

Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Pertubuhan kepada orang itu.

(4)

Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1445

Pindaan Jadual Pertama