Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2013

Seksyen 10

Penggantian seksyen 10

(2)

Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (1) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu, pencen orang tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen

(3)

dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu.

(3)

Gaji isyarat—

(a)

dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada 1 Januari 2012

yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah;

(b)

dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah.

(4)

Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen 3(2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu.

(5)

Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (1) dalam tahun-tahun berikutnya.

Penyelarasan Pencen (Pindaan)

(6)

Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1)

adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima” ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2012 menurut Akta ini sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini.”.

Seksyen baru 10a