Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
seksyen yang berikut:
“Pindaan tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira 10a. (1) Jika tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah mana-mana undang-undang bertulis dipinda, penyelarasan mengikut subseksyen 3(1) kepada pencen atau faedah lain hendaklah diubah suai dengan sewajarnya dan hendaklah berasaskan amaun pencen atau faedah lain itu yang dihitung berdasarkan gaji isyarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui formula yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu.
(2)
Dalam menentukan penghitungan gaji isyarat bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menggunakan penghitungan gaji isyarat sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 10(3) dengan ubahsuaian yang perlu.”.
Pindaan seksyen 11