Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3
seksyen yang berikut:
“Penyelarasan pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana 3a. (1) Pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diterima oleh seseorang pegawai di bawah
Penyelarasan Pencen (Pindaan)
5
mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2)
Amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
(a)
dalam hal pegawai yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
(b)
dalam hal pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diberikan kepada pegawai itu.
(3)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
Penyelarasan pencen dan faedah lain terendah sekali 3b. Jika seseorang pegawai menerima amaun pencen atau faedah lain terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen 8, amaun terendah sekali tersebut hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1).”.
Pindaan seksyen 4