Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diterima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1447
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
(a)
dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
(b)
dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan kepada penerima.
(1b)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen
(1)
adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).”; dan
(c)
dalam subseksyen (2), (3) dan (5), dengan menggantikan perkataan “Jadual Kedua” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “subseksyen 3(1)”.
Pindaan seksyen 5