Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 5 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah
Penyelarasan Pencen (Pindaan)
7
subseksyen 3(1) ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan sehingga 31 Disember 2012.
(2b)
Walau apa pun subseksyen (2a), jika seseorang orang tanggungan layak untuk diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah subseksyen
(1)
tetapi tidak dibayar pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu pada 1 Januari 2013, penyelarasan pencen terbitan atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu dibuat sehingga 31 Disember 2012 mengikut seksyen ini dan peruntukan berkaitan yang lain yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2013 sebelum pencen terbitan atau faedah lain itu diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2c)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (2)
adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).”; dan
(c)
dalam subseksyen (4) dan (6), dengan menggantikan perkataan “Jadual Kedua” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “subseksyen 3(1)”.
Pemotongan seksyen 6