Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Pindaan Jadual Ketiga
(a)
dalam subperenggan (5), dengan menggantikan perkataan
“Sesuatu perintah peletakhakan” dengan perkataan
“Tertakluk kepada subseksyen 32(1a), sesuatu perintah peletakhakan”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1448
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan (5) subperenggan yang berikut:
“(5a) Jika sesuatu perintah peletakhakan dibuat dan perjanjian kewangan yang layak telah dipindah menurut perintah itu, penerima pindahan akan mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak pemindah daripada siapa perjanjian itu telah dipindahkan.
(5b)
Jika perjanjian kewangan yang layak dipindah kepada penerima pindahan, penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah penerima pindahan sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.
(5c)
Jika perjanjian kewangan yang layak pemindah itu dipindah kepada penerima pindahan dan jika seseorang itu merupakan pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian kewangan yang layak dengan pemindah, semua atau tiada transaksi kewangan yang layak hendaklah dipindah kepada penerima pindahan itu.
(5d)
Jika perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi mana-mana harta pemindah dipindahkan, harta itu hendaklah dipindahkan kepada penerima pindahan.”.