Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang disebut
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “Bank” takrif yang berikut:
‘ “cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1448
(a)
wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;
(b)
sekuriti, suatu akaun sekuriti atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti; atau
(c)
perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “perbadanan berkaitan”
takrif yang berikut:
‘ “perjanjian kewangan yang layak” ertinya—
(a)
suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—
(i)
transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;
(ii)
nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a) dikira atau boleh dikira; dan
(iii)
nilai penamatan transaksi di bawah p e r e n g g a n ( a ) a d a l a h b e r s i h atau boleh bersih, supaya suatu a m a u n b e r s i h k e n a d i b a y a r, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;
(b)
suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a); atau
Bank Negara Malaysia (Pindaan)
(c)
mana-mana perjanjian lain berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam pasaran kewangan yang ditetapkan sebagai perjanjian kewangan yang layak oleh Bank, selain suatu derivatif terselaras atau suatu perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham dan pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
‘ “perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak;’;
(c)
dengan menggantikan takrif “terbitan” dengan takrif yang berikut:
‘ “terbitan” ertinya mana-mana perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah, kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;’;
(d)
dengan menggantikan noktah yang terdapat di hujung takrif
“Timbalan Gabenor” dengan koma bernoktah; dan
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “Timbalan Gabenor”
takrif yang berikut:
‘ “transaksi kewangan yang layak” ertinya—
(a)
suatu terbitan, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau
(b)
suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti.’.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1448
Pindaan seksyen 15