Malaysia legislation

Section 9

of AKTA BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2013

Seksyen 9

Seksyen 77 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Walau apa pun peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, bagi maksud melaksanakan matlamat Bank atau melindungi kedudukan imbangan pembayaran, melalui notis secara bertulis memberikan arahan kepada, atau mengenakan kehendak atas, mana-mana orang termasuk institusi kewangan berkenaan dengan atau yang berhubungan dengan—

(a)

transaksi antara pemastautin, bukan pemastautin atau pemastautin dengan bukan pemastautin, dalam ringgit atau mata wang asing, atau yang melibatkan emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan lain termasuk terbitan; atau

(b)

penerimaan, serahan atau penahanan mata wang asing, emas atau logam berharga lain:

Dengan syarat mana-mana arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.”.

Pindaan seksyen 82