Malaysia legislation

Section 10

of AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46

seksyen yang berikut:

“Jurnal Rasmi Harta Intelek 46a.  (1)  Pendaftar hendaklah menerbitkan suatu Jurnal Rasmi

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang dikehendaki untuk disiarkan

JW000084 A1449 (BM).indd 6 1/22/13 9:20:49 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan)

7

di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang didapati berguna atau penting secara amnya oleh Pendaftar.

(2)

Jurnal Rasmi hendaklah disediakan kepada awam apabila fi yang ditetapkan dibayar.

(3)

Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi bagi apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah atas pengemukaannya diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.

(5)

Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.

(6)

Jika Jurnal Rasmi diterbitkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi pertama disiarkan dalam apa-apa bentuk.”.

Pindaan seksyen 47