Malaysia legislation

Section 12

of AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

Seksyen 12

Kecualian dan peralihan

(2)

Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam

Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disiarkan dengan sewajarnya dalam Warta seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(4)

Kecuali bagi reka bentuk perindustrian berdaftar yang dikecualikan di bawah seksyen 49 Akta ibu, sesuatu reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh, atas suatu permohonan di bawah seksyen 25 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini, dilanjutkan bagi tempoh berturut-turut lanjutan yang ada selama lima tahun bagi setiap kali lanjutan.

(5)

Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta di bawah

Akta ibu hendaklah disifatkan disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen 46a hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

JW000084 A1449 (BM).indd 8 1/22/13 9:20:49 AM

Section 12 — AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013