Malaysia legislation

Section 8

of AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

Seksyen 8

Penggantian seksyen 29 dan 30

dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 29

(2)

Apa-apa perpindahan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian adalah tertakluk kepada apa-apa hak yang diletakhakkan pada mana-mana orang lain yang notis mengenainya telah dicatatkan dalam Daftar atau yang notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.

(3)

Sesuatu penyerahhakan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian tidak berkuat kuasa melainkan jika penyerahhakan itu adalah secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, wakil dirinya.

(4)

Subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi penyerahhakan sebagai sekuriti sebagaimana yang berhubungan dengan mana-mana penyerahhakan yang lain.

(5)

Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh menjadi subjek suatu kepentingan sekuriti sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain.

(6)

Pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar boleh memberi lesen kepada mana-mana orang untuk menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar itu.

(7)

Apa-apa hak berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh dikuatkuasakan sebagaimana berkenaan dengan harta sendiri atau harta alih yang lain.

Perekodan penyerahhakan, dsb.

Quoted provision

Seksyen 30

(a)

sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti; atau

(b)

sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan,

JW000084 A1449 (BM).indd 5 1/22/13 9:20:49 AM

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1449

dia hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya dalam Daftar.

(2)

Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam Daftar.

(3)

Tiada penyerahhakan atau perpindahan atau kuat kuasa undang-undang atau urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika direkodkan dalam Daftar.”.

Pindaan seksyen 35