Malaysia legislation

Section 9

of AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

Seksyen 9

“Reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri

Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Mahkamah hendaklah enggan mengawardkan kos kepada pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar yang menjadi berhak kepada reka bentuk perindustrian berdaftar itu melalui penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu pelanggaran melainkan jika—

(a)

suatu permohonan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya telah dibuat di bawah seksyen 30 sebelum berakhirnya tempoh enam bulan yang bermula dari tarikh urus niaga yang berkenaan; atau

(b)

Mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak praktik bagi permohonan tersebut dibuat sebelum berakhirnya tempoh tersebut dan bahawa suatu permohonan telah dibuat dengan secepat yang praktik selepas itu.”.

Seksyen baru 46a