Malaysia legislation

Section 4

of AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2013

Seksyen 4

Pindaan seksyen 4

(a)

dengan memotong takrif “agregat unit syer”;

(b)

dengan memotong takrif “Lembaga”;

(c)

dengan memotong takrif “undang-undang kecil”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “petak tanah” takrif yang berikut:

‘ “sijil cadangan pelan strata” ertinya sijil yang mengesahkan pelan strata yang dicadangkan yang disediakan di bawah seksyen 8a atau 20a, mengikut mana-mana yang berkenaan;’;

(e)

dalam takrif “pelan strata yang diperakui”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen 13(1)” dengan perkataan “seksyen 13 atau 22, mengikut mana-mana yang berkenaan”;

(f)

dalam takrif “Pesuruhjaya”, dengan menggantikan perkataan “seksyen 3 Akta Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]”

dengan perkataan “seksyen 4 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta ]”;

(g)

dalam takrif “harta bersama”, dengan menggantikan perkataan “yang diluluskan” dengan perkataan “yang diperakukan”;

Hakmilik Strata (Pindaan)

(h)

dengan memotong takrif “majlis”;

(i)

dengan memotong takrif “tempoh permulaan”;

(j)

dengan menggantikan takrif “petak tanah” dengan takrif yang berikut:

‘ “petak tanah” ertinya satu unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih dari empat tingkat yang dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, yang terkandung dalamnya petak-petak aksesori dan harta bersama;’;

(k)

dalam takrif “pelan lokasi”, dengan menggantikan perkataan

“10(2)” dengan perkataan “8a(3) atau 20a(3), mengikut mana-mana yang berkenaan”;

(l)

dalam takrif “bangunan kos rendah”, dengan menggantikan perkataan “10b” dengan perkataan “9b”;

(m)

dengan memotong takrif “ejen pengurusan”;

(n)

dalam takrif “perbadanan pengurusan”—

(i)

dengan menggantikan perkataan “pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan “pelan strata yang diperakui”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “39” dengan perkataan “17”;

(o)

dengan memotong takrif “kumpulan wang pengurusan”;

(p)

dalam takrif “blok sementara”—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“pelan strata yang dicadangkan,” dengan perkataan

“bangunan yang dipecah bahagi”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, suatu blok yang berkenaan dengan petak tanah yang dicadangkan, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon;”; dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1450

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan

“pelan strata yang diperakui”;

(q)

dalam takrif “unit-unit syer sementara”, dengan menggantikan perkataan “pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan

“daftar strata”;

(r)

dalam takrif “pembeli”, dengan memotong perkataan

“berlesen”;

(s)

dengan memasukkan selepas takrif “harta bersama” takrif yang berikut:

‘ “jadual petak” ertinya jadual petak atau jadual petak terpinda yang disediakan di bawah Akta Pengurusan

Strata 2013;’;

(t)

dalam takrif “unit-unit syer”, dengan menggantikan perkataan

“jadual unit syer” dengan perkataan “daftar strata”;

(u)

dengan memotong takrif “akaun khas”;

(v)

dalam takrif “bangunan khas”, dengan memasukkan selepas perkataan “Jun 1996” perkataan “atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan sedemikian oleh

Pihak Berkuasa Negeri”;

(w)

dengan memotong takrif “ketetapan khas”;

(x)

dalam takrif “pelan tingkat”, dengan menggantikan perkataan

“10(3)” dengan perkataan “8a(4) atau 20a(4), mengikut mana-mana yang berkenaan”;

(y)

dengan menggantikan takrif “pelan strata” dengan takrif yang berikut:

‘ “pelan strata”—

(a)

berhubung dengan bangunan yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tingkat, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan di dalam pelan strata yang diperakui; dan

(b)

berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tandaan, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan dalam pelan strata

Hakmilik Strata (Pindaan)

7

yang diperakui, dan dalam hal petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat;’;

(z)

dalam takrif “daftarai strata”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 43(1)(i)” dengan perkataan “Akta

Pengurusan Strata 2013”;

(aa) dalam takrif “bangunan yang dipecah bahagi”—

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “yang dipecah bahagi” perkataan “atau tanah”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “suatu bangunan” perkataan “atau tanah”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perkataan “Bahagian II”

perkataan “atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan

(bb) dengan memasukkan selepas takrif “perbadanan pengurusan”

takrif berikut:

‘ “perbadanan pengurusan subsidiari”, berhubung dengan harta bersama terhad, ertinya perbadanan pengurusan subsidiari yang ditubuhkan di bawah seksyen 17a;

“peringkat struktur utama” ertinya peringkat di mana penyiapan kerja-kerja bangunan sebagaimana yang diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 [Akta 133];’;

Seksyen baru 4b