Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4a seksyen yang berikut:
“Permulaan kuat kuasa Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran
Tanah 4b.. (1) Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik
Strata hendaklah mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah melalui pemberitahuan dalam Warta menurut subseksyen 5d(1) Kanun Tanah Negara.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1450
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
“Pusat Pemulihan Bencana” ertinya suatu pusat sistem sokongan dan pemulihan yang ditubuhkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri untuk penyambungan urusan operasi Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik;
(b)
“Pejabat Pendaftaran Tanah” termasuk—
(i)
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Pendaftaran, pejabat
Pendaftar Hakmilik bagi Negeri itu;
(ii)
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, pejabat Pentadbir
Tanah bagi Daerah itu; dan
(iii)
pada ketika bencana seperti yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pusat Pemulihan
Bencana.
(3)
Apabila Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi
Hakmilik Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah—
(a)
peruntukan Jadual Keenam hendaklah terpakai setakat mana ia berkait dengan bentuk dokumen hakmilik strata, prosedur untuk penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik strata, mana-mana urusniaga dan mana-mana pemasukan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial atau memorandum atau mana-mana pembetulan atau pembatalan mengenainya atas mana-mana dokumen hakmilik strata;
(b)
peruntukan-peruntukan lain bagi Akta ini yang berkait dengan Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam