Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013
Seksyen 2
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
[Akta 244], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (e);
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta A1451
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM
NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1451
(ii)
dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(g) menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian Kerajaan melalui pengeluaran filem; dan
(h)
merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.”; dan
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, atau pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan dalam menjalankan tinjauan dan kajian berkenaan dengan perusahaan perfileman dan dalam menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan perusahaan perfileman tempatan;”;
(ii)
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan
“, tetapi sendiri tidak mengambil bahagian dalam pengeluaran filem secara langsung atau tak langsung”;
(iii)
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) untuk memberi bantuan kewangan melalui pinjaman, kemudahan kredit, geran, pelaburan atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem;”;
(iv)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (j); dan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (Pindaan)
(v)
dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:
“(ja) mengeluarkan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib atau mengeluarkan apa-apa filem atau rakaman yang Kerajaan fikirkan perlu bagi maksud pendidikan, penerangan, seni, budaya dan perkara-perkara lain yang disyorkan oleh Perbadanan; dan.”.
Seksyen baru 11a dan 11b