Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013
Seksyen 3
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11
seksyen yang berikut:
“Mengambil kerja pekerja Kerajaan 11a. (1) Kerajaan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, memberi opsyen kepada tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam Jabatan Filem Negara.
(2)
Tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1)
yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan”
ertinya tarikh yang opsyen diberikan kepada pekerja yang berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam
Jabatan Filem Negara sebelum tarikh itu.
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira 11b. (1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih untuk memasuki
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1451
perkhidmatan Perbadanan, dan apa-apa terma dan syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan itu sebagai perkhidmatan dengan
Perbadanan.
(2)
Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu,
Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.”.