Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37 seksyen yang berikut:
“Seksyen 36 dan 37 tidak terpakai bagi prosiding timbang tara 37a. (1) Seksyen 36 dan 37 tidaklah terpakai bagi—
(a)
mana-mana penimbang tara yang bertindak secara sah dalam mana-mana prosiding timbang tara;
(b)
mana-mana orang yang mewakili mana-mana pihak dalam prosiding timbang tara; atau
(c)
mana-mana orang yang memberikan nasihat, menyediakan dokumen dan memberikan apa-apa bantuan lain berhubung dengan atau berbangkit daripada prosiding timbang tara kecuali prosiding mahkamah yang berbangkit daripada prosiding timbang tara.
(2)
Dalam seksyen ini, “prosiding timbang tara” ertinya prosiding dalam suatu timbang tara yang tertakluk kepada
Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] atau sepatutnya tertakluk kepada Akta itu jika tempat timbang tara itu ialah
Malaysia.”.
Pindaan seksyen 38