Malaysia legislation
Section 15
of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014
Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14
seksyen yang berikut:
“Larangan terhadap penzahiran laporan dan maklumat berkaitan 14a. (1) Mana-mana orang yang mengetahui atau yang mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu institusi pelapor bercadang untuk melaporkan, sedang melaporkan atau telah menyerah simpan laporan di bawah seksyen 14
atau bercadang untuk memberi, sedang memberi atau telah memberi apa-apa maklumat berkaitan yang lain kepada pihak berkuasa berwibawa dan menzahirkan pengetahuan, rasa syak atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang kepadanya penzahiran mengenai apa-apa pengetahuan, syak atau maklumat telah dibuat dengan melanggar subseksyen (1) yang membuat rekod mengenai pengetahuan, syak atau maklumat itu, atau yang selanjutnya menzahirkan pengetahuan, syak atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain dalam apa-apa hal keadaan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi penzahiran maklumat oleh seseorang jika penzahiran itu dibuat—
(a)
dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah
Akta ini;
(b)
bagi maksud memaklumkan mengenai risiko yang terlibat dalam berurusan dengan pelanggan tertentu, kepada suatu perbadanan berkaitan institusi pelapor
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)
15
yang perbadanan berkaitan itu diperbadankan di Malaysia dan terlibat dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia;
(c)
dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor, kepada pihak berkuasa pengawasan institusi pelapor itu; atau
(d)
dengan kebenaran bertulis pihak berkuasa berwibawa.
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), “berkaitan” berhubungan dengan sesuatu perbadanan ertinya berkaitan mengikut erti seksyen 6 Akta Syarikat 1965.”.
Penggantian seksyen 16