Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 28

Seksyen 31 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika seseorang pegawai penyiasat berpuas hati, atau mempunyai sebab untuk mengesyaki, bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini, dia boleh, tanpa suatu waran geledah—

(a)

memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa, menahan dan menggeledah apa-apa kenderaan bagi apa-apa harta, dokumen atau maklumat;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(b)

memasuki, memeriksa dan menggeledah mana-mana premis yang dipunyai oleh atau di dalam pemilikan atau kawalan orang itu atau pekerjanya, dan dalam hal suatu badan korporat, pengarah atau pengurusnya bagi apa-apa harta, dokumen atau maklumat;

(c)

memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah yang dijumpai di dalam mana-mana premis atau kenderaan yang digeledah;

(d)

menahan, mengambil milik, dan mengalihkan dari premis atau kenderaan itu apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dijumpai di dalam premis, kenderaan, barang, bekas atau wadah itu, dan menahannya selama apa-apa tempoh yang didapatinya perlu;

(e)

memeriksa, membuat salinan atau mengambil petikan daripada mana-mana dokumen atau maklumat yang ditahan sedemikian;

(f)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis atau kenderaan itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, dokumen atau maklumat, termasuklah dokumen persendirian, yang pada pendapat pegawai penyiasat itu perlu bagi maksud penyiasatan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan menahan apa-apa benda yang dijumpai pada orang itu.”;

(b)

dalam perenggan (2)(b), dengan memotong perkataan

“penyitaan,”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika seseorang pegawai penyiasat mendapati bahawa oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya adalah tidak praktik atau adalah selainnya tidak wajar untuk mengalihkan apa-apa benda yang ditahan olehnya pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dia boleh, dengan apa-apa cara, mengelak benda itu di dalam

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1467

premis, kenderaan, barang, bekas atau wadah yang di dalamnya ia dijumpai, dan adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa di sisi undang-undang untuk memecahkan, mengubah atau merosakkan lak itu atau mengalihkan benda itu atau mencuba untuk berbuat sedemikian.”;

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan memotong perkataan “menyita,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan “dokumen atau maklumat”;

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“rekod, laporan atau dokumen yang disita” dengan perkataan “dokumen atau maklumat yang ditahan”;

dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan

“dokumen atau maklumat”; dan

(f)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“hadir” dengan perkataan “dibenarkan hadir”.

Pindaan seksyen 32