Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 29

Seksyen 32 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (2)(b), dengan menggantikan perkataan

“rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan “dokumen atau maklumat”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dan (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (2)(a) hendaklah—

(a)

hadir bagi pemeriksaan mengikut terma perintah itu, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(b)

semasa pemeriksaan itu, menzahirkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia diperiksa, dan menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.

(4)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan menzahirkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah perintah itu yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, atau yang dapat diperolehinya, dan tidak boleh enggan memberikan atau menzahirkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.”;

(c)

dengan memotong subseksyen (5);

(d)

dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (4) dan (5)” dengan perkataan “subseksyen

(3)

dan (4), mengikut kehendak kes”; dan

(e)

dalam subseksyen (8)—

(i)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (4)” dengan perkataan

“subseksyen (3)”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “tiga juta”;

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”; dan

(iv)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1467

Pindaan seksyen 33