Malaysia legislation
Section 38
of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014
Seksyen 38
Pindaan seksyen 44
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada seksyen 50, sesuatu agensi penguat kuasa boleh mengeluarkan suatu perintah untuk membekukan mana-mana harta mana-mana orang, atau mana-mana harta pengganas, mengikut mana-mana yang berkenaan, walau di mana jua harta itu berada, dan sama ada harta itu dalam milikannya, di bawah kawalannya atau perlu dibayar daripada apa-apa sumber kepadanya, jika—
(a)
suatu penyiasatan berkenaan dengan sesuatu aktiviti haram telah dimulakan terhadap orang itu; dan
(b)
sama ada—
(i)
agensi penguat kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)
atau suatu kesalahan membiayai keganasan telah atau sedang atau akan dilakukan oleh orang itu; atau
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1467
(ii)
agensi penguat kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memotong perkataan “dan” di akhir perenggan (a);
(ii)
dengan menggantikan noktah di akhir perenggan (b)
dengan koma bernoktah; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) jika jagaan dan kawalan harta itu diambil di bawah perenggan (b), suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk menjual mana-mana harta alih yang dibekukan melalui lelong umum atau mengikut apa-apa cara lain yang praktik jika agensi penguat kuasa itu berpendapat bahawa harta itu mudah rosak atau merosot;
(d)
suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk memegang hasil jualan itu, selepas memotong kos dan perbelanjaan penyenggaraan dan penjualan harta yang dijual di bawah perenggan (c) daripadanya; dan
(e)
suatu perintah tentang cara harta itu hendaklah ditadbirkan atau diuruskan.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), agensi penguat kuasa itu boleh memberikan arahan kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu yang berhubungan dengan pelupusan harta itu bagi maksud—
(a)
menentukan apa-apa pertikaian tentang pemunyaan atau kepentingan lain mengenai harta itu atau mana-mana bahagiannya;
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)
(b)
pentadbirannya yang wajar dalam tempoh perintah itu;
(c)
pembayaran kos orang itu bagi membela dirinya dalam prosiding jenayah terhadapnya.”;
(d)
dalam perenggan (4)(c), dengan menggantikan perkataan
“penyiaran” dengan perkataan “penyampaian”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:
“(8) Agensi penguat kuasa yang melaksanakan mana-mana perintah untuk membekukan mana-mana harta di bawah seksyen ini hendaklah menghantar suatu salinan perintah itu dan senarai harta yang dibekukan kepada Pendakwa Raya dengan segera.
(9)
Jika harta yang dibekukan itu berada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu institusi kewangan, agensi penguat kuasa hendaklah memberitahu pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan
(jika ada), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perintah itu.
(10)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah agensi penguat kuasa yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah atau nilai harta yang dibekukan itu pada masa harta itu dibekukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baru 44a