Malaysia legislation

Section 39

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 39

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44

seksyen yang berikut:

“Pengubahan atau pembatalan perintah untuk membekukan harta 44a.  (1)  Suatu perintah untuk membekukan harta yang dikeluarkan di bawah seksyen 44 boleh diubah atau dibatalkan oleh agensi penguat kuasa yang mengeluarkan perintah itu—

(a)

jika seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu

Undang-Undang Malaysia 42

Akta A1467

berpuas hati bahawa harta itu tidak tertakluk kepada penyitaan di bawah Akta ini; atau

(b)

atas permohonan orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), jika seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu berpuas hati bahawa harta itu tidak tertakluk kepada penyitaan di bawah Akta ini, dia boleh mengubah perintah itu mengikut perenggan (4)(a) atau membatalkan perintah itu.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(b), sesuatu permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada agensi penguat kuasa itu dengan menyatakan alasan yang berdasarkannya pengubahan atau pembatalan perintah itu diminta dan, apabila diterima, hendaklah diuruskan oleh seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu.

(4)

Setelah menimbangkan suatu permohonan di bawah perenggan (1)(b), pegawai yang berpangkat lebih tinggi yang berkenaan boleh—

(a)

mengubah perintah itu berkenaan dengan—

(i)

tempoh perintah itu;

(ii)

pembayaran hutang yang dilakukan dengan suci hati dan yang kena dibayar kepada pemiutang sebelum perintah di bawah seksyen 44 itu dibuat; atau

(iii)

pengadaan suatu penguntukan bagi sara hidup dan perbelanjaan lain yang munasabah orang itu, keluarganya atau pekerjanya;

(b)

membatalkan perintah itu; atau

(c)

menolak permohonan itu atas alasan bahawa terdapat syak yang munasabah bahawa harta itu ialah—

(i)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(ii)

harta pengganas;

(iii)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(iv)

peralatan kesalahan.

(5)

Jika pegawai yang berpangkat lebih tinggi yang berkenaan mengubah atau membatalkan perintah itu di bawah subseksyen (2) atau (4), dia hendaklah melepaskan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

(6)

Pegawai yang melaksanakan mana-mana pelepasan mana-mana harta di bawah seksyen ini hendaklah membuat suatu rekod secara bertulis berkenaan dengan pelepasan itu yang menyatakan secara terperinci dalam rekod itu hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dengan segera.

(7)

Pelepasan mana-mana harta di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kuasa Pendakwa Raya di bawah Akta ini untuk kemudiannya menyita harta itu jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)

atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan.”.

Pindaan seksyen 45

Section 39 — ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT) ACT 2014