Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 41

Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (4)(b)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua kali” dengan perkataan “lima kali”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”;

(b)

dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan

“syer, sekuriti, saham, debentur” dengan perkataan

“produk pasaran modal”; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:

“(8) Mana-mana perintah penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa diubah atau dibatalkan oleh agensi penguat kuasa itu dengan persetujuan Pendakwa Raya dan Pendakwa Raya boleh memberi apa-apa arahan yang bersifat sampingan atau berbangkit, atau yang perlu, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan, pengubahan atau pembatalan itu.”.

Pindaan seksyen 48