Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 43

Seksyen 49 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “mempercayai”

dengan perkataan “mengesyaki”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “notis bertulis” perkataan “menghendaki”; dan

(iii)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“menghendaki”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Sebagai tambahan, jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa adalah perlu bagi maksud mana-mana penyiasatan di bawah Akta ini, Pendakwa Raya boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang pada pendapat

Pendakwa Raya adalah berguna bagi atau berkaitan dengan sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dalam masa yang ditentukan olehnya berhubung dengan mana-mana orang, soalan atau perkara.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan “dokumen atau maklumat”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”

dengan perkataan “seksyen ini”;

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”

dengan perkataan “seksyen ini”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “tiga juta”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”; dan

(iv)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”;

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau arahan”; dan

(ii)

dengan memasukkan sebelum perkataan “menyatakan”

perkataan “memberikan maklumat itu kepada

Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu dan untuk”; dan

(f)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan “dokumen atau maklumat”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”

dengan perkataan “seksyen ini”.

Pindaan seksyen 50