Malaysia legislation

Section 44

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 44

Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa apa-apa harta alih atau apa-apa pertambahan kepadanya yang menjadi—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

Undang-Undang Malaysia 48

Akta A1467

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, ada dalam milikan, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan, dia boleh, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dengan perintah mengarahkan supaya harta alih itu atau apa-apa pertambahan kepadanya di institusi kewangan itu disita oleh pegawai penyiasat itu atau dengan perintah mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang atau selainnya melupuskan harta alih itu atau apa-apa pertambahan kepadanya, keseluruhannya atau sebahagiannya, sehingga perintah itu diubah atau dibatalkan.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pegawai penyiasat yang melaksanakan sesuatu penyitaan di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).”;

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “lima”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “lima juta”;

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”; dan

(iv)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (4).

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

49

Pindaan seksyen 51