Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 45

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa apa-apa harta tak alih ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Pendakwa Raya boleh dengan perintah mengarahkan supaya harta tak alih itu disita oleh pegawai penyiasat.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika apa-apa harta tak alih disita di bawah

Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan pengeluaran suatu Notis Penyitaan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan di dalamnya butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir-butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu;

(b)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada pemunya atau orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan harta tak alih itu, jika diketahui;

(c)

dengan memaparkan, jika praktik, suatu salinan

Notis itu pada suatu tempat yang mudah dilihat di harta tak alih itu; dan

Undang-Undang Malaysia 50

Akta A1467

(d)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada Pentadbir Tanah atau Pendaftar

Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau

Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pengarah Tanah dan

Ukur atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1a);

(d)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua kali” dengan perkataan “lima kali”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “lima juta”;

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”; dan

(iv)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”; dan

(e)

dalam subseksyen (6)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”

dengan perkataan “subseksyen (1a)”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua kali” dengan perkataan “lima kali”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “lima juta”;

(iv)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”; dan

(v)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”.

Pindaan seksyen 52

Section 45 — ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT) ACT 2014