Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 4

Pindaan seksyen 3

(a)

dengan menggantikan takrif “aktiviti haram” dengan takrif yang berikut:

‘ “aktiviti haram” ertinya—

(a)

apa-apa aktiviti yang merupakan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing; atau

(b)

apa-apa aktiviti yang bersifat sedemikian, atau yang berlaku dalam hal keadaan sedemikian, yang aktiviti itu mengakibatkan atau menyebabkan pelakuan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing, tidak kira sama ada aktiviti itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, berlaku di dalam atau di luar

Malaysia;’;

(b)

dalam takrif “Bank Negara Malaysia” dengan menggantikan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]”

dengan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701]”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(c)

dengan menggantikan takrif “hasil daripada aktiviti haram”

dengan takrif yang berikut:

‘ “hasil daripada aktiviti haram” ertinya mana-mana harta, atau apa-apa kelebihan ekonomi atau keuntungan ekonomi daripada harta itu, di dalam atau di luar

Malaysia—

(a)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya—

(i)

diperoleh atau didapati, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang daripada apa-apa aktiviti haram;

(ii)

diperoleh atau didapati daripada pelupusan atau urusan lain dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i); atau

(iii)

diperoleh dengan menggunakan harta yang diperoleh atau didapati oleh mana-mana orang melalui mana-mana pelupusan atau urusan lain yang disebut dalam subperenggan (i) atau (ii); atau

(b)

yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti sifat, nilai, lokasi atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu diperoleh, atau perkaitannya dengan harta lain yang disebut dalam subperenggan (a)(i),

(ii)

atau (iii), boleh dengan semunasabahnya dipercayai adalah harta yang termasuk dalam ruang lingkup subperenggan (a)(i), (ii) atau

(iii)

;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “harta” dengan takrif yang berikut:

‘ “harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1467

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kredit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam mana-mana harta itu;’;

(e)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut:

‘ “institusi kewangan” ertinya—

(a)

sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank

Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

(d)

sesuatu pemegang lesen di bawah Akta

Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

[Akta 731];

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(f)

depositori pusat yang ditubuhkan di bawah

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991 [Akta 453];

(g)

sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

7

mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

(h)

sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705]; dan

(i)

seseorang yang ditetapkan oleh Menteri

Kewangan di bawah seksyen 12a;’;

(f)

dengan memotong takrif “institusi kewangan luar pesisir”;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “institusi pelapor”

takrif yang berikut:

‘ “kenderaan” termasuklah mana-mana vesel, kereta api, kenderaan bermotor, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan lain yang melaluinya orang atau barang boleh dibawa;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “kesalahan membiayai keganasan” takrif yang berikut:

‘ “kesalahan pengubahan wang haram” ertinya suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1);’;

(i)

dengan memotong takrif “klien”;

(j)

dengan menggantikan takrif “Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Luar Pesisir Labuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan”

ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 3

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996

[Akta 545];’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “Negara asing” takrif yang berikut:

‘ “pelanggan” termasuklah klien;’;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1467

(l)

dengan memotong takrif “pengubahan wang haram”;

(m)

dengan memasukkan selepas takrif “pengawal” takrif yang berikut:

‘ “peralatan kesalahan” ertinya—

(a)

apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram; atau

(b)

apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;

“perniagaan” ertinya—

(a)

mana-mana perniagaan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran perniagaan;

(b)

suatu perbadanan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] dan sekutu perbadanan itu; atau

(c)

apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain, sama ada atau tidak ia dijalankan bagi kelebihan kewangan atau keuntungan, dan sama ada atau tidak dijalankan secara tetap, berulang atau berterusan, dan termasuklah segala aset yang diperoleh daripada atau yang digunakan dalam atau bagi maksud menjalankan aktiviti perniagaan itu, dan segala kepentingan, hak dan tanggungan yang berbangkit daripada aktiviti perniagaan itu;’;

(n)

dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(o)

dengan memasukkan selepas takrif “Suruhanjaya Sekuriti”

takrif yang berikut:

‘ “susut nilai”, berhubungan dengan mana-mana harta, ertinya keseluruhan atau sebahagian daripada harta itu dibelanjakan, digunakan, dibinasakan, atau dikenakan apa-apa urusan, proses atau perbuatan lain, sehingga harta itu tidak lagi wujud, atau dikurangkan nilai atau saiznya, atau diubah sifatnya;’.

Penggantian seksyen 4