Malaysia legislation
Section 57
of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014
Seksyen 57
Pindaan seksyen 63
(a)
dengan memotong perkataan “atau” di akhir subperenggan (i);
(b)
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) tidak dapat dijumpai atau ditangkap oleh agensi penguat kuasa selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh penyiasatan yang disebut dalam perenggan (a) dimulakan;”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii) subperenggan yang berikut:
“(iii) mengelak sesuatu agensi penguat kuasa;
(iv)
telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berat dan suatu waran tangkap tidak dapat dilaksanakan selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran waran tangkap itu; atau
(v)
telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berat dan tidak dapat diekstradisikan oleh agensi penguat kuasa selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran waran tangkap itu.”.
Pindaan seksyen 66a