Malaysia legislation

Section 66

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 66

Penggantian seksyen 78

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 78 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 78

(2)

Mana-mana notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini hendaklah, jika notis atau perintah itu dikehendaki disampaikan kepada orang sebenar, disampaikan dengan—

(a)

menghantarserahkannya secara kediri kepada orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan;

(b)

menghantarserahkannya kepada seseorang orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan yang akhir diketahui orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan; atau

(c)

menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan.

(3)

Jika pegawai yang melaksanakan mana-mana notis atau perintah di bawah subseksyen (2) berpuas hati, bagi sebab yang direkodkannya secara bertulis, bahawa notis atau perintah itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c), notis atau perintah itu hendaklah disampaikan dengan—

(a)

menampalkan notis atau perintah itu pada sesuatu tempat yang mudah dilihat di harta tak alih itu, jika ada, berhubung dengannya notis atau perintah itu dikeluarkan atau dibuat, atau pada sesuatu bahagian yang mudah dilihat premis yang di dalamnya orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan diketahui terakhir bermastautin, terakhir digaji atau terakhir menjalankan perniagaan; dan

(b)

menyiarkan notis atau perintah itu dalam satu akhbar yang diedarkan di kawasan di mana orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan diketahui terakhir bermastautin, terakhir digaji atau terakhir menjalankan perniagaan.

(4)

Mana-mana notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini terhadap mana-mana syarikat atau badan, sama ada yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, hendaklah disampaikan dengan menghantarserahkan notis atau perintah itu pada tempat perniagaannya kepada seseorang pengkhidmat, ejen atau pegawai syarikat atau badan itu,

Undang-Undang Malaysia 64

Akta A1467

atau, jika pegawai yang melaksanakan notis atau perintah itu berpuas hati, bagi sebab yang direkodkannya secara bertulis, bahawa notis atau perintah itu tidak dapat dihantarserahkan sedemikian, dengan menampalkan notis atau perintah itu pada bahagian yang mudah dilihat premis tempat perniagaan yang terakhir diketahui syarikat atau badan yang baginya notis atau perintah itu ditujukan, dan dengan menyiarkan notis atau perintah itu dalam satu akhbar yang diedarkan di kawasan di mana tempat perniagaan yang terakhir diketahui itu terletak.”.

Pindaan seksyen 79