Malaysia legislation

Section 70

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 70

Subseksyen 82(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) oleh mana-mana orang terhadap harta kepunyaan, atau yang dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana perbadanan yang diwujudkan oleh atau di bawah undang-undang

Malaysia yang terletak di luar Malaysia;”.