Malaysia legislation

Section 76

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014

Seksyen 76

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91

seksyen yang berikut:

“Butiran pertuduhan 91a.  Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk menyatakan jumlah kasar yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan dan tarikh yang antaranya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan, tanpa menyatakan butiran terperinci atau tarikh yang tepat, dan pertuduhan yang dibentuk sedemikian hendaklah disifatkan sebagai suatu pertuduhan bagi satu kesalahan mengikut erti seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah dengan syarat bahawa masa yang termasuk antara tarikh yang pertama dan terakhir itu tidak melebihi dua belas bulan.”.