Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Pindaan seksyen 21f
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan taraf perintis yang diberikan di bawah subseksyen 6(1) bagi permohonan di bawah subseksyen 5(1d)”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “peranti perubatan” perkataan “atau yang menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia,”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “atau suatu syarikat yang menyertai dalam suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dalam suatu program rantaian industri”; dan
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan noktah bertindih; dan
(ii)
dengan memasukkan proviso yang berikut:
“Dengan syarat bahawa dalam hal suatu syarikat yang sedang beroperasi dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan di Malaysia, pendapatan syarikat itu bagi setiap tempoh
Penggalakan Pelaburan (Pindaan)
11
perakaunan perniagaan perintisnya ialah pendapatan nilai tambahan syarikat itu dan subseksyen 21c(2a), (3) dan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.”.
Pemotongan seksyen 21g