Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pindaan seksyen 26i
(a)
dalam subseksyen (1a)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Perintah
Penggalakan Pelaburan (Aktiviti Digalakkan dan
Produk Digalakkan bagi Industri Terpilih) 2008
[P.U. (a) 458/2008]” dengan perkataan “seksyen 4d”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “seksyen 27i” dengan perkataan
“subseksyen 27i(1)”;
(iii)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 27i dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29j telah berakhir”
dengan perkataan “subseksyen 27i(1), (2) dan (3)
dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 29j(1), (2), (3) dan (4) telah berakhir”;
dan
(iv)
dengan menggantikan perkataan “31 Disember 2010”
dengan perkataan “31 Disember 2015”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:
“(1b) Walau apa pun subseksyen (1) dan (1a), jika permohonan dibuat oleh sesuatu syarikat yang menyertai atau berhasrat hendak menyertai di Malaysia dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui untuk kegunaan sendiri, yang telah ditetapkan sebagai aktiviti digalakkan di bawah seksyen 4d, dan syarikat itu dikawal secara langsung atau secara tidak langsung oleh—
(a)
suatu syarikat perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah subseksyen 27i(1a)
yang menyertai dalam aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu;
(b)
suatu syarikat yang diberikan taraf perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu; atau
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1468
(c)
suatu syarikat selepas perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah subseksyen 27i(1a), (2) dan (3) dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 29j(2a), (3a) dan (4) telah berakhir, permohonan itu hendaklah ditimbangkan oleh Menteri jika permohonan itu diterima dari 8 September 2007
sehingga 31 Disember 2015.”.
Pindaan seksyen 26k