Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Seksyen baru 27p
seksyen yang berikut:
“Penentuan tarikh kuat kuasa dan pematuhan bagi elaun cukai pelaburan 27p. (1) Mana-mana syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27, 27a, 27c,
27d, 27e, 27f, 27g, 27i, 27j, 27k, 27m dan 27n hendaklah, dalam masa dua puluh empat bulan dari tarikh pemberian itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, meminta untuk mendapatkan tarikh kuat kuasa elaun cukai pelaburannya.
(2)
Suatu permohonan untuk lanjutan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh dua puluh empat bulan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.
Penggalakan Pelaburan (Pindaan)
(3)
Syarikat yang membuat permohonan bagi penentuan tarikh kuat kuasa elaun cukai pelaburannya di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh syarikat itu.
(4)
Perbelanjaan modal yang disebut dalam subseksyen (3)
adalah sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 29(7)
dan 29(8).
(5)
Jika sesuatu syarikat telah diberikan penentuan tarikh kuat kuasa bagi elaun cukai pelaburannya di bawah subseksyen (1), syarikat itu hendaklah, dalam tempoh elaun cukai pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, mengemukakan kepada
Menteri Kewangan butiran sebagaimana yang ditentukan bagi tujuan pematuhan apa-apa syarat yang dikenakan.”.
Pindaan seksyen 28