Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Pindaan seksyen 29j
(a)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “seksyen 27i” dengan perkataan “subseksyen 27i(1)”; dan
(ii)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “dan keluaran digalakkan” dengan perkataan “atau keluaran digalakkan”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan di bawah subseksyen 27i(1a) telah melakukan, dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan berhubung dengan penjanaan tenaga boleh diperbaharui untuk kegunaan sendiri, perbelanjaan modal bagi maksud itu, syarikat itu hendaklah diberikan bagi tahun taksiran itu elaun cukai pelaburan sebanyak seratus peratus daripada perbelanjaan itu.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Suatu elaun bagi perbelanjaan yang diberikan di bawah subseksyen (2a)—
(a)
hendaklah diberikan hanya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang baginya perbelanjaan itu telah dilakukan; dan
(b)
hendaklah diberikan berkenaan dengan perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh kelulusan itu mula berkuat kuasa:
Penggalakan Pelaburan (Pindaan)
21
Dengan syarat bahawa—
(i)
jika suatu syarikat melakukan perbelanjaan modal dari tarikh kelulusan itu mula berkuat kuasa yang disebut dalam perenggan (b) berhubung dengan suatu perniagaan yang akan dijalankannya berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan, perbelanjaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas yang syarikat itu mula menjalankan perniagaan itu; dan
(ii)
jika syarikat itu melakukan perbelanjaan modal sebelum permohonannya di bawah seksyen 26i dan kelulusan di bawah seksyen 27i, elaun itu diberi kuat kuasa ke belakang dari tarikh aktiviti atau keluaran itu ditetapkan oleh Menteri sebagai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4d.”.
Pemotongan seksyen 29m