Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46o

Bahagian yang berikut:

‘Bahagian IVb

PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN

Pemakaian Bahagian ini 46p.  Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012 [Akta 754].

Tafsiran 46q.  Bagi maksud Bahagian ini—

“banduan yang dipindahkan” ertinya banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012; dan

“Negara asing yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012.

Perintah Tetap Komisioner Jeneral yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46r.  Komisioner Jeneral boleh membuat dan mengeluarkan perintah yang dipanggil Perintah Tetap Komisioner Jeneral di bawah seksyen 12 berkenaan dengan banduan yang dipindahkan yang hendaklah selaras dengan Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu.

Penjara (Pindaan)

7

Peremitan hukuman bagi banduan yang dipindahkan 46s.  (1)  Berhubung dengan banduan yang dipindahkan ke

(a)

jika banduan itu tidak mendapat apa-apa peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu hendaklah berhak diberikan peremitan yang dikira daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia; atau

(b)

jika banduan itu telah mendapat peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu tidak berhak untuk mendapat apa-apa peremitan daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), seksyen 44 Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan peremitan hendaklah terpakai bagi banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan.

Kuasa Lembaga Parol yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46t.  (1)  Lembaga Parol boleh—

(a)

mengubah atau meminda syarat sedia ada Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan;

atau

(b)

mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan.

(2)

Perintah Parol yang diubah atau dipinda atau apa-apa syarat lanjut yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b)

hendaklah disifatkan sebagai Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1474

(3)

Jika banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan gagal mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam Perintah Parol yang dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan atau apa-apa syarat yang telah diubah atau dipinda atau apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga

Parol, Lembaga Parol boleh menggantung atau membatalkan

Perintah Parol tersebut.

Pengecualian syarat layak parol bagi banduan yang dipindahkan 46u.  (1)  Komisioner Jeneral hendaklah mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan telah dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c).

(2)

Komisioner Jeneral boleh mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan belum dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c).’.

Pindaan Jadual Pertama