Malaysia legislation
Section 135
Seksyen 135
Mana-mana orang yang—
(a)
memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah;
(b)
menyebabkan orang lain memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah;
atau
(c)
menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Malaysia, apa-apa dokumen, rekod atau akaun dengan niat untuk memfraud mana-mana orang, atau untuk mencegah, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu pemeriksaan, pengauditan atau penyiasatan, atau penjalanan mana-mana fungsi atau kuasa
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1489
di bawah undang-undang sekuriti melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”.
Penggantian seksyen 148