Malaysia legislation

Section 55

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Seksyen 55

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 148

seksyen yang berikut:

“Penzahiran yang dibenarkan dalam suatu prosiding penguatkuasaan sivil 148a.  (1)  Dalam mana-mana prosiding penguatkuasaan sivil oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh diperintahkan untuk memberikan penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan di bawah Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

[P.U. (A) 205/2012] dokumen yang berikut yang telah atau berada dalam milikan, jagaan atau kuasa Suruhanjaya hasil daripada pelaksanaan atau penjalanan oleh Suruhanjaya mana-mana fungsinya di bawah undang-undang sekuriti:

(a)

apa-apa dokumen yang dikeluarkan secara sukarela atau didedahkan oleh defendan kepada Suruhanjaya menurut penjalanan kuasa Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti;

(b)

apa-apa dokumen yang disita daripada defendan atau pegawai atau ejennya menurut seksyen 128;

Undang-Undang Malaysia 44

Akta A1489

(c)

apa-apa senarai yang disediakan oleh Suruhanjaya dan ditandatangani oleh defendan atau pegawai atau ejennya menurut seksyen 129;

(d)

apa-apa surat-menyurat antara Suruhanjaya dengan defendan atau peguam cara atau ejennya;

(e)

apa-apa pernyataan oleh defendan yang direkodkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 31x dan 134;

(f)

apa-apa notis yang disampaikan kepada defendan di bawah subseksyen 31x(1), 128(5) dan 134(1);

(g)

maklumat dagangan yang berhubungan dengan aktiviti dagangan defendan yang Suruhanjaya bergantung atau akan bergantung kepadanya dalam prosiding sivil itu; dan

(h)

apa-apa dokumen yang Suruhanjaya berniat untuk mengemukakan di dalam prosiding sivil itu.

(2)

Suruhanjaya tidak boleh diperintahkan untuk memberi penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan di bawah

Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apa-apa dokumen selain yang tersenarai dalam subseksyen (1) melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa terdapat alasan yang kukuh dan luar biasa dan tidak menjejaskan kepentingan awam, untuk memerintahkan Suruhanjaya untuk memberi penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan dokumen itu.

(3)

Mahkamah tidak boleh membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan dokumen yang berikut:

(a)

apa-apa dokumen, selain dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), yang berada atau telah berada dalam milikan, jagaan atau kuasa Suruhanjaya hasil daripada pelaksanaan atau penjalanan oleh Suruhanjaya apa-apa fungsi penyeliaan dan penguatkuasaannya atau kuasanya di bawah undang-undang sekuriti;

(b)

aduan, laporan atau permintaan yang diterima oleh

Suruhanjaya untuk menyiasat atau memberikan bantuan bagi apa-apa kemungkinan atau dakwaan pelanggaran undang-undang sekuriti;

(c)

dokumen dalaman Suruhanjaya;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(d)

apa-apa surat-menyurat atau komunikasi antara

Suruhanjaya dengan—

(i)

mana-mana pegawai awam;

(ii)

mana-mana badan berkanun;

(iii)

mana-mana pihak berkuasa penyeliaan asing;

(iv)

mana-mana bursa saham, bursa derivatif, pasaran diiktiraf, pusat penjelasan atau depositori pusat;

(v)

mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantu siasatannya; atau

(vi)

mana-mana orang yang telah memfailkan atau membuat suatu aduan, laporan atau permintaan kepada Suruhanjaya menurut perengan (b);

(e)

apa-apa dokumen atau salinan dokumen itu, yang dihantar kepada atau diterima oleh Suruhanjaya daripada, orang yang ditentukan di bawah perenggan (d);

dan

(f)

semua pernyataan yang direkodkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 31x dan 134 selain pernyataan yang direkodkan daripada defendan.

(4)

Seksyen ini hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa yang tidak selaras, atau yang berlawanan dengannya, yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atau mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa kaedah undang-undang atau amalan yang berhubungan dengan penzahiran dan pemeriksaan dokumen dalam prosiding sivil.

Kerahsiaan maklumat penyeliaan 148b.  (1)  Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 148, jika

Suruhanjaya mengeluarkan apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan—

(a)

apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada; atau

Undang-Undang Malaysia 46

Akta A1489

(b)

apa-apa penilaian penyeliaan yang dibuat oleh

Suruhanjaya ke atas, mana-mana orang yang ditentukan di bawah subseksyen 126(1), orang itu, atau mana-mana pengarah, pegawai atau juruauditnya tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain, melainkan jika dibenarkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 150